Wednesday, 10 August 2016

Kisah Bermula

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin telah ditubuhkan pada 18 Julai 2013.  Penubuhan program ini diasaskan oleh Cik Nurul Aini bt Abdullah yang bertukar dari SMK Syed Hassan, Kangar, Encik Norzri bin Hat dari SMK Padang Besar Utara dan Puan Ropizah binti Rohani dari SMK Arau yang telah mendaftar diri pada 16 Julai 2013  sebagai perintis kepada program ini. Kumpulan murid yang pertama mendaftar diri ialah pada 18 Julai 2013 ialah seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada tujuh orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki.  Tujuh orang pelajar perempuan berkenaan merupakan penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau manakala tiga orang pelajar lelaki berkenaan berpindah dari PPKIBP SMK Arau atas faktor kediaman  mereka berdekatan dengan SMK Syed Sirajuddin.  Namun begitu, tiga orang pelajar Rumah Kanak-Kanak Arau telah meninggalkan PPKIBP SMK Syed Sirajuddin kerana telah tamat tempoh perintah dan pulang ke tempat asal masing-masing.

Pihak Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah memohon premis kosong dari pihak sekolah untuk dijadikan blok PPKIBP.  Pihak pegurusan sekolah yang diterajui oleh mantan pengetuanya, Encik Zainol Abidin bin Ahmad telah bersetuju memberikan tiga buah makmal lama untuk dijadikan blok penempatan PPKIBP di mana pengubahsuaian bermula pada 17 Ogos 2013.  Sebuah bilik makmal telah diubahsuai terlebih dahulu untuk dijadikan dua bilik darjah untuk kegunaan dan keselesaan para pelajar. Setelah hampir sebulan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan maka pada 19 September 2013, guru dan para pelajar mula membersihkan dan menggunakan sepenuhnya pada 23 Julai 2013. 


No comments:

Post a Comment