Bermula 2016
Setelah beberapa rombakan yang berlaku melibatkan perpindahan guru Pendidikan Khas, penempatan guru baru pendidikan khas dan perpindahan pembantu pengurusan murid, penempatan pembantu pengurusan murid yang baru serta pertambahan murid, Ppki Semsira telah mengalami perubahan dari segi struktur organisasi dan enrolmen murid.
Barisan guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid PPKI Semsira bersama barisan pentadbir 2016.(Gambar dibawah)
Bagi data berakhir 31 Jun 2016 PPKIBP Semsira mempunyai 3 kelas .Murid ppki semsira adalah seramai 21 orang iaitu 10 lelaki dan 11 perempuan. Diterajui oleh seorang penyelaras, guru perempuan 4 orang dan 2 orang pembantu pengurusan murid.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Syed Sirajuddin
Wednesday, 10 August 2016
Kisah Bermula
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin telah ditubuhkan pada 18 Julai 2013. Penubuhan program ini diasaskan oleh Cik Nurul Aini bt Abdullah yang bertukar dari SMK Syed Hassan, Kangar, Encik Norzri bin Hat dari SMK Padang Besar Utara dan Puan Ropizah binti Rohani dari SMK Arau yang telah mendaftar diri pada 16 Julai 2013 sebagai perintis kepada program ini. Kumpulan murid yang pertama mendaftar diri ialah pada 18 Julai 2013 ialah seramai 10 orang pelajar yang terdiri daripada tujuh orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki. Tujuh orang pelajar perempuan berkenaan merupakan penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau manakala tiga orang pelajar lelaki berkenaan berpindah dari PPKIBP SMK Arau atas faktor kediaman mereka berdekatan dengan SMK Syed Sirajuddin. Namun begitu, tiga orang pelajar Rumah Kanak-Kanak Arau telah meninggalkan PPKIBP SMK Syed Sirajuddin kerana telah tamat tempoh perintah dan pulang ke tempat asal masing-masing.
Pihak Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah memohon premis kosong dari pihak sekolah untuk dijadikan blok PPKIBP. Pihak pegurusan sekolah yang diterajui oleh mantan pengetuanya, Encik Zainol Abidin bin Ahmad telah bersetuju memberikan tiga buah makmal lama untuk dijadikan blok penempatan PPKIBP di mana pengubahsuaian bermula pada 17 Ogos 2013. Sebuah bilik makmal telah diubahsuai terlebih dahulu untuk dijadikan dua bilik darjah untuk kegunaan dan keselesaan para pelajar. Setelah hampir sebulan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan maka pada 19 September 2013, guru dan para pelajar mula membersihkan dan menggunakan sepenuhnya pada 23 Julai 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)